Ciri kimia Sulfat

Ion sulfat merupakan sejenis anion poliatom dengan formula empirik SO42- dengan jisim molekul 96.06 unit jisim atom; ia terdiri daripada atom pusat sulfur dikelilingi oleh empat atom oksigen dalam susunan tetrahidron. Ion silfate membawa cas dua negatif dan merupakan bes konjugat ion hidrogen sulfat (juga bisulfat), HSO4-, iaitu bes konjugat asid sulfurik, H2SO4. Terdapat sulfat organik seperti dimetil sulfat yang merupakan sebatian kovalen dengan formula (CH3O)2SO2, dan merupakan ester asid sulfurik.

Ciri-ciri

Kebanyakan sulfat sangat larut dalam air. Kekecualian termasuklah kalsium sulfat, strontium sulfat dan barium sulfat, yang tak larat. Barium sulfat sangant berguna dalam analisis gravimetri sulfat: penambahan barium klorida kepada sesuatu larutan yang mengandungi ion sulfat. Kelihatan mendakan putih, iaitu barium sulfat menunjukkan kehadiran anion sulfat.

Ion sulfat boleh menjadi satu ligan menghubungkan mana-mana satu dengan oksigen (monodentat) atau dua oksigen sebagai kelat atau jambatan. Contoh ialah molekul logam neutral kompleks PtSO4P(C6H5)32, di mana ion sulfat berperanan sebagai ligan bidentat. Ikatan oksigen-logam dalam molekul sulfat kompleks mempunyai ciri kovalen ternyata.